Carian Terperinci

Dalam pertanyaan ini terdapat dua kemungkinan: Kemungkinan pertama yang dapat diandaikan adalah bahawa tiada dari kalangan sahabat yang melancarkan  protes terhadap keputusan Saqifah dan adanya pengingkaran terhadap akar peristiwa al-Ghadir; Kemungkinan kedua yang dapat diandaikan adalah tentang akar peristiwa al-Ghadir dan tiadanya protes para sahabat serta pengingkaran terhadap petunjuk hadis al-Ghadir atas wilayah (khilafah) Imam Ali As.

Untuk menjawab dua-dua kemungkinan ini cukup bagi kita dengan membuktikan akar peristiwa Saqifah melalui nukilan sejarah sebagaimana berikut ini.

Banyak kitab-kitab sejarah dari kalangan Sunni dan Syiah mengakui nukilan peristiwa al-Ghadir ini[1] dan  mengiranya sebagai sesuatu yang pasti dan diterima umum.

Khalil Abdulkarim, salah seorang ulama agung Ahlusunnah di zaman ini, di tengah-tengah perbahasan tentang pemgumpulan al-Quran, menulis: “Bilangan para sahabat Nabi Saw, yang hadir (dalam peristiwa) haji al-Widâ’ (haji perpisahan, dimana peristiwa al-Ghadir terjadi ketika itu) jumlahnya adalah seratus dua puluh empat ribu orang.”[2] Demikian juga Ibnu Katsir menulis, “Riwayat-riwayat dan hadis-hadis tentang peristiwa Ghadir Khum  sangat mutawatir dan kami menukil peristiwa tersebut, sesuai dengan kemampuan kami (sebagian darinya).[3]

Selain dari kitab-kitab sejarah yang telah disebutkan, terdapat banyak riwayat di dalam mu'jam-mu'jam (kamus) ilmu hadis Ahlusunnah yang telah menukilkan hadis al-Ghadir ini. Sebagian dari mereka, telah menyebut hadis ini dengan satu kandungan melalui jalan sandaran yang berbeda-beda. Sebagai contohnya, Nasai menukil hadis ini dengan dua ratus lima puluh sanad.[4]

Kesemua ini adalah bukti dan tanda tentang banyaknya jumlah sahabat yang hadir di dalam peristiwa Ghadir Khum di mana tidak lagi lagi ada ruang untuk diragukan dan sangsikan, baik pada asal-usul peristiwa Ghadir, mahupun pada jumlah bilangannya.

Terlepas dari itu, berkumpulnya manusia sedemikian besar dan banyak di  Ghadir Khum ini bukanlah merupakan sesuatu yang tidak masuk akal, kerana peristiwa Ghadir Khum, terjadi di daerah yang bernama Rabigh,[5]di  sebuah daerah yang letaknya kurang-lebih dua ratus kilometer dari Mekkah. Sebuah persimpangan empat hala iaitu jalan-jalan menuju Irak, Madinah,[6] Mesir dan Yaman. Dengan demikian, seluruh jamaah haji tatkala mereka mahu pulang dari menunaikan ibadah haji, mau-tak-mau, mereka harus melintasi daerah ini untuk kembali ke tempat mereka masing-masing.

Dari sudut kondisi waktu pula dapat dikatakan di sini bahawa peristiwa Ghadir Khum, terjadi pada 18 Dzul-Hijjah bulan terakhir tahun 10 Hijriah.[7] Namun pada tahun itu, jumlah orang yang hadir lebih banyak (dibanding haji-haji sebelumnya). Hal ini dikeranakan banyak ayat yang telah diwahyukan bahawa haji adalah merupakan salah satu dari syiar-syiar Ilahi, dan dengan berkembangnya dakwah Islam, banyak masyarakat dari berbagai lapisan telah memeluk agama Ilahi ini.

Dari sisi lain, oleh kerana sebelum berangkat ke haji, Nabi Saw telah memerintahkan supaya diumukan kepada semua tempat bahawa beliau sendiri akan turut serta pada musim haji tahun itu dan akan mengajarkan secara langsung hukum-hukum haji.[8]

Dengan semua faktor-faktor ini menyebabkan pada tahun tersebut, jumlah bilangan haji menjadi lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya dan oleh kerana peristiwa Ghadir Khum terjadi di Rabigh, iaitu sebelum kaum Muslimin bersurai untuk pulang ke daerah masing-masing. Oleh kerana itu, terjadilah peristiwa Ghadir Khum dengan sambutan yang luar biasa dan yang tiada tandingannya di tempat itu.

Kemungkinan kedua bahawa: bagaimana mungkin terjadi ke atas para sahabat meskipun mereka telah menyaksikan peristiwa Ghadir Khum secara langsung dan telah mendengar sabdaan Rasulullah Saw serta berbaiat kepada Ali As, tetapi telah memilih orang lain untuk urusan khilafah Ilahi di dalam peritiwa Saqifah? Pastinya hal ini menegaskan bahawa hadis Ghadir Khum tidak menunjukkan pada wilayah (khilafah) Imam Ali As.[9]

Dalam menjawab pertanyaan ini harus dikatakan bahawa, dakwaan tiadanya protes atau bangkagan para sahabat berkait peristiwa Ghadir Khum merupakan dakwaan yang tidak benar. Dan tidak sedikit para pengikut sejati yang tetap setia memegang teguh baiat dan janjisetia mereka serta melarang para pembesar Saqifah dari tindakan berbahaya mereka.

Imam Ali As telah diperintahkan berdasarkan wasiat Nabi Saw supaya tidak membiarkan kaum Muslimin berbalah dan berpecah belah, maka itu, Hazrat As hanya sekadar menentangnya dalam bentuk lisan sahaja dan tidak mengangkat  senjata untuk melaksanakan titah Ghadir Khum dan selama Fatimah As masih hidup, Hazrat As tidak berbait dengan Abu Bakar dan selepas kesyahidan Fatimah As, berdasarkan maslahat (yang ada) dan (kondisi) terpaksa, Imam Ali As terpaksa memberikan baiatnya kepada Abu Bakar. Namun Hazrat As tetap menyampaikan protes lisannya, berpuluh-puluh kali di pelbagai kesempatan yang berbeza-beza dengan bersandar pada hadis Ghadir.

Sahabat-sahabat besar seperti Salman, Abu Dzar, Thalha, Zubair[10] dan lainnya turut mengangkat suara menentang keputusan Saqifah dan tidak memberikan baiat mereka kepada Abu Bakar, bahkan tidak cukup sekadar itu sahaja, mereka menghunus pedang di hadapan para pembesar Saqifah.[11]

Sebahagian lainnya seperti Abbas pakcik Nabi Saw, walaupun beliau tidak menyatakan penentangannya secara terang-terangan, kerana mahu menghindar dari sebarang perbalahan dan pertumpahan darah. Namun ia juga tidak menyatakan sokongan terhadap pembesar Saqifah dan tidak memberikan baiat kepada mereka.[12]

Berdasarkan sebahagian penentangan sekelompok besar sahabat ini secara praktikal, dan juga penyandaran berterusan dari sisi Imam Ali terhadap hadis Ghadir Khum dalam pelbagai kesempatan yang berbebeza-beza menunjukkan bahawa apa yang ditegaskan oleh hadis Ghadir tentang kekhilafahan dan wilayah Amirul Mukminin As adalah sempurna dan benar.

Akan tetapi masyarakat awam yang hadir pada peristiwa Ghadir Khum berada pada dua posisi. Sebahagian mereka; samada mempunyai manfaat-manfaat tertentu dari kejadian Saqifah, atau dalam kondisi tamakkan sesuatu atau mendapat ancaman sehingga terpaksa memberi kerja-sama dan berbaiat kepada para pembesar Saqifah ini.[13] Atau mereka berbait, tetapi bukan kerana inginkan keuntungan atau terpaksa, namun mereka mengetahui bahawa mereka tidak mampu untuk berada di bawah kekuasaan Ali bin Abi Thalib atau kerana dendam mereka terhadap Hazrat As. Ini kerana, kebanyakan kaum kuffar atau Musyrikin yang terbunuh dalam berbagai medan perang (kebanyakkannya terbunuh di tangan Imam Ali As) adalah dari kalangan keluarga mereka sendiri.

Disebutkan juga bahawa sebagian yang lain yang telah memberikan baiat mereka kepada Abu Bakar adalah kerana atas dasar kejahilan. Mereka ini adalah orang-orang yang telah mendengar peristiwa Ghadir dan menyangka bahawa Abu Bakar itu adalah Ali As sendiri mana Nabi Saw telah berpesan kepada wilayahnya, lalu mereka membaiatnya.[14]

 

Referensi untuk telaah lebih jauh:

  1. Ghadir, Sanad-e Ghuyâ-ye Wilâyat, Guruh-ye Ma’arif wa Tahqiqat-e Islami.
  2. Al-Ghadir, Sheikh Abdulhusain Amini, 11 jilid.
  3. Al-Tanbih wa al-Asyrâf, al-Mas’udi, 1 jilid.
  4. Farâzha-ye az Târikh-e Payâmbar-e Islâm, Ja’far Subhani.
  5. Mujtma’ al-Yatsrib, Khalil
  6. Târikh Ya’qubi, Ahmad Abi Ya’qubi bin Ja’far bin Abi Wadhih.
  7. Al-Bidâyah wa al-Nihâyah, al-Hafizh bin Katsir Dimasyqi.
  8. Mu’jam Lughah al-Fuqahâ, Muhammad Qul’aji.
  9. Asrâr Âli Muhammad Saw, Salim bin Qais Hilali.
  10. Farâid al-Simthain, Ibrahim bin Muhammad Juwaini Khurasani.
  11. Al-Saqifah wa al-Fadak, Abi Bakar Ahmad bin Abdulaziz Jauhari.
  12. Syarh Nahj al-Balaghah, Ibn Abil Hadid.
  13. Jamal, Sheikh Mufid.
  14. Syarh Ushul Kafi, Maula Muhammad Shalih Mazandarani.
  15. Al-Mi’yâr wa al-Mawâzinih, Abi Ja’far al-Askafi.

 

[1]. Târikh Ya’qubi, Ahmad Abi Ya’qub bin Ja’far bin Abi Wadhi, jil. 2, hal. 112.  

[2]. Mujtma’ al-Yatsrib, Khalil Abdulkarim, hal. 20.  

[3]. Al-Bidâyah wa al-Nihâyah, al-Hafizh bin Katsir Dimasyqi, jil. 5, hal. 213.  

[4]. Ghadir, Sanad-e Ghuya Wilâyat, Geruh Ma’arif wa Tahqiqat Islami, hal. 15.  

[5]. Ibid, hal. 7.

[6]. Al-Ghadir, Syeikh Abdulhusain Amini, jil. 1, hal. 8.  

[7]. Al-Tanbih wa al-Asyrâf,  al-Mas’udi, hal. 222

[8]. Farâzha-ye az Târikh-e Payâmbar-e Islam, Ja’far Subhani, hal. 504. 

[9]. Saqifah berarti tempat yang memiliki atap untuk tempat berlidung. Mu’jam Lugha al-Fuqaha, Muhammad Qal’aji, hal. 264. 

[10]. Farâidh al-Simthaîn, Ibrahim bin Muhammad Juwaini Khurasani, jil. 2, hal. 82. 

[11]. Al-Saqifah wa al-Fadak, Abi Bakar Ahmad bin Abdulaziz Jauhari, hal. 50.  

[12]. Syarh Nahj al-Balâgha, Ibn Abi al-Hadid, jil. 1, hal. 73.  

[13]. Jamal, Syaikh Mufid, hal. 59; Syarh Ushul Kâfi, Maula Muhammad Shaleh Mazandarani, hal. 260.  

[14]. Al-Mi’yâr wa al-Mawâzinih, Abi Ja’far al-Askafi, hal. 19-23.  

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apa falsafah tentang wujudnya ikhtilaf dan perbezaan pada setiap manusia terutamanya mengenai keburukan, kecantikan, hidayat dan keindahan, petunjuk dan kesesatan, rezeki dan lain-lain?
    9868 Teologi Klasik 2012/11/22
    ‘Adl (keadilan) itu memiliki berbagai makna yang berbeza seperti: keseimbangan bahagian-bahagian yang terdapat dalam suatu rangkaian, menjaga hak-hak setiap individu, dan menyerahkan hak kepada pemiliknya, menjaga hak dalam faedah maknawi kewujudan (mawjūd), memberi kesamaan tanpa sebarang diskriminasi. Namun makna yang sesuai dengan pertanyaan di atas; kesamaan serta ...
  • Mengapa nama para Imam Maksum (a.s) tidak disebut secara jelas dalam Al-Qurʻan?
    9989 Teologi Klasik 2012/03/08
    Hendaklah kita sedari walaupun nama para Imam Maksum (a.s) tidak ditampilkan secara jelas di dalam Al-Qurʻan, namun sabda-sabda Nabi (s.a.w) telah menyebut secara terang-terangan nama para Imam Maksum (a.s) khususnya Ali bin Abi Talib (a.s) di mana beliau adalah miṣdāq (eksternal) jelas bagi hadis Al-Ghadīr; iaitu pengumuman ...
  • Mengapa diat wanita satu perdua diat lelaki?
    7109 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Berdasarkan pembelajaraan ilmu hukum hakam (fiqh) dan sejarah, “diat” merupakan sebuah masalah ekonomi yang disyariatkan dengan tujuan untuk menebus kerugian yang dideritai oleh mangsa. Dari sisi lain, masyarakat ideal yang ingin diwujudkan Islam ialah meletakkan inti kegiatan-kegiatan perekonomian di bahu lelaki. Ertinya dengan satu pandangan ...
  • Imam Mahdi (a.j.f) dalam pandangan Syiah.
    13007 Teologi Klasik 2011/07/18
    Oleh kerana pertanyaan di atas sangat universal dan meluas, hal ini menyebabkan kami menyentuh tentang sedikit biografi, berita-berita ghaib dan tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi (a.j.f).Nama beliau adalah "mim-ha-mim-dal" dan memiliki berbagai gelaran, di antaranya adalah Qaim, Shahibul 'Ashr, Shahibuz Zaman, dsb. Ayahanda mulia ...
  • Bagaimana hubungan antara kehendak Ilahi dan keinginan manusia?
    19555 Teologi Klasik 2011/01/17
    Manusia adalah kewujudan yang Mumkin  (iaitu kewujudan yang possible, iaitu ia boleh ada ketika ada penciptaanya dan boleh tiada ketika tiada penciptanya. Hubungan wujud dengan tidak wujud baginya adalah sama) yang mana hakikat wujud dan seluruh dimensi keberadaannya bersumber dari Allah Swt. Allah Swt dengan ...
  • Apa saja ciri-ciri darah haidh dan darah istihadha itu?
    26968 Haid dan Nifas 2013/06/09
    Darah haidh pada umumnya kental, hangat dan warnanya merah cenderung hitam atau kuning serta keluar dengan tekanan dan agak panas.[1] Wanita yang mengeluarkan darah seperti ini dari rahimnya disebut wanita haidh (hâidh). Adapun darah istihadhah ghalibnya berwarna kuning dan dingin serta keluar tanpa ...
  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    17383 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Apakah Waliyul faqīḥ itu lebih utama dibandingkan malaikat?
    7974 Undang-undang 2013/01/24
    Wilāyatul Faqīḥ pada zaman keghaiban seperti sekarang ini, merupakan penerus Wilāyah Nabi Muhammad (s.a.w) dan para imam maksum (a.s). Dengan kata lain, Wilāyatul Faqīḥ itu berasal dari sumber Wilāyah Nabi (s.a.w) dan wilāyah para Imam maksum (a.s). Seorang Walī Faqīḥ memiliki ...
  • Munurut perspektif al-Qur'an, apakah manusia itu merupakan makhluk yang amat zalim (ẓulûm) dan amat bodoh (jahûl) atau ia merupakan seorang khalifah Allah?
    11333 Tafsir 2012/07/18
    Al-Qur'an dari satu sisi menyebut kedudukan tinggi manusia dengan berbagai persepsi yang mulia, manakala dari satu sisi yang lain, terdapat banyak ayat-ayat yang mencela dan mengecam manusia. Gerakan manusia yang berada di dalam dua garis lengkung menaik (qaws ṣuʻūd) dan menurun (qaws nuzūl) adalah infiniti serta ...
  • Mengapa orang-orang Jamal (seperti Aisyah, Thalha, Zubair) mengangkat senjata melawan Imam Ali As?
    23413 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Dengan memperhatikan sumber-sumber sejarah, kita akan mengkaji sebab-sebab berlakunya perang Jamal dari kedua belah pihak dan kemudian memberikan penilaian atasnya: A.    Sebab-sebab terjadinya perang Jamal dalam pandangan orang-orang Jamal:

Populer Hits