Carian Terperinci
Pengunjung
20115
Tarikh Kemaskini 2011/07/19
Ringkasan pertanyaan
Bagaimana Proses terjadinya Hari Kiamat menurut falsafah dan ahli kalam dan dalil-dalil apakah yang digunakan oleh keduanya untuk menyabitkan Hari Kiamat?
soalan
Bagaimanakah falsafah Islam dapat memberi alasan yang kuat tentang teori Hari Kiamat? Kononnya terdapat perbezaan antara ahli falsafah dan ahli kalam, sila terangkan dalil-dalil kedua-duanya?
Jawaban Global

Ma'âd bermakna manusia dibangkitkan setelah kematian di mana manusia kembali hidup dan seluruh amal perbuatannya akan diperhitungkan dalam kehidupan baru. Keyakinan ini secara umum dan ringkasnya ialah kesepakatan seluruh ahli kalam dan falsafah ilahi dan seluruh umat Islam beriktikad dengannya menuruti ayat al-Qur'an. Tentang bagaimana proses terjadinya hari kebangkitan, sumber-sumber Islam telah menegaskan kebangkitan secara jasmani. Jasmani tersebut ialah: Manusia yang dibangkitkan dan dikumpulkan pada hari Kiamat adalah manusia yang sama, yang pernah wujud di alam dunia dan individu yang dibangkitkan di hari Kiamat ialah individu yang sama, yang pernah berjisim di dunia (sebagai sebuah realiti yang terdiri dari ruh dan jasad).

Berkenaan dengan ma'âd jasmani, ahli kalam hanya semata-mata bersandar pada dalil-dalil naqli dan menganggapnya sebagai perkara ta’abbudi. Namun sebuah kumpulan falsafah dan khususnya para pengikut maktab Masyya mengkaji ma'âd jasmani dari perspektif akal. Oleh kerana mereka tidak mampu menyelesaikan berbagai masalah-masalah kebangkitan secara jasmani (di antaranya kemustahilan kembalinya sesuatu yang tiada [i'âda ma'dum]) maka mahu tidak mahu mereka beralih pada ma'âd rohani dan mengingkari ma'âd jasmani atau paling kurang mereka berpendapat bahawa ma'âd jasmani tidak dapat disabitkan dan dibuktikan melalui perspektif analisa falsafah.

Sebahagian ahli falsafah yang lain menggunakan jalan khusus untuk menyabitkan ma'âd jasmani; di antaranya adalah Mulla Shadra Syirazi yang berpendapat bahawa badan yang dibangkitkan pada hari Kiamat merupakan badan latif (lunak) yang serupa dengan badan duniawi ini, akan tetapi badan latif (lunak) ini memiliki kapasiti untuk hidup abadi. Mulla Shadra menyebut badan seperti ini sebagai badan mitsâli.

Jawaban Detil

Salah satu persoalan penting semenjak dahulu kala dan menjadi perhatian agama-agama, ahli kalam dan ahli falsafah ialah masalah ma'âd (hari kebangkitan) dan kehidupan setelah kematian. Seluruh pengikut agama meyakini tentang kehidupan pasca kematian dan keyakinan ini dipandang sebagai salah satu masalah paling asasi sebuah agama atau mazhab.

Ma'âd dalam Islam bermakna manusia dibangkitkan pasca kematian di mana manusia akan hidup kembali dan dalam kehidupannya yang baru seluruh amal perbuatanya akan diperhitungkan dan sebagai akhirnya orang-orang yang berbuat kebaikan akan berkediaman di syurga mendapatkan pelbagai nikmat surgawi. Adapun orang-orang yang berbuat kejahatan akan mendapatkan hukuman setimpal atas perbuatannya dan mendiami neraka jahannam. Keyakinan ini secara umum dan rigkasnya, semua ahli kalam dan falsafah ilahi bersepakat daripada bahagian-bahagian perkara tersebut. Setiap umat Islam juga berakidah demikan sesuai dengan al-Qur'an tentang terjadinya hari kebangkitan.

 

Menetapkan Intisari Ma'âd

Dalam ilmu teologi dan filsafat terdapat beberapa dalil yang dapat digunakan untuk menetapkan intisari (ashl) ma'âd (hari kebangkitan). Pada kesempatan ini, sebagai contoh kami akan menyebutkan sebahagian daripada dalil-dalil tersebut:

Ma'âd (hari kebangkitan) merupakan sebuah perkara yang pasti dan hakiki serta tidak terpisah dari masalah penciptaan. Ini disebabkan pergerakan (harâkah) yang terdapat di alam penciptaan ialah pergerakan kehendak manusia di jalan kesempurnaannya yang tidak boleh dilaksanakan tanpa adanya tujuan. Kerana itu, kehidupan sementara manusia perlu memiliki sebuah matlamat di jalan kesempurnaan, bukannya sekali berhenti dan berhujung dengan ketiadaan dan kemustahilan. Perkara ini juga dapat menjelaskan tentang keseluruh penciptaan. Dalam perspektif ini bukan hanya manusia sahaja yang memiliki hari kebangkitan, namun perkara ini meliputi seluruh dunia penciptaan. Hal ini juga dinyatakan dalam al-Qur'an sebagaimana pada ayat, " و ما خلقنا السماءَ و الارضَ و ما بَینَهما باطلاً ذلک ظنُّ الذینَ کفروا فَویلٌ للذینَ کفروا مِن النّار." (Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya sebagai sia-sia. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu kerana mereka akan masuk neraka, Qs. Shad [38]:27)

Demikian juga salah satu dalil yang paling penting bagi kemestian ma'âd iaitu tuntutan dan kenescayaan keadilan Ilahi; kerana jikalau selepas kematian tidak ada hari perhitungan, ganjaran dan hukuman maka ketaatan dan maksiat menjadi sama. Dengan itu Allah (s.w.t) sudah tentu sangat mulia dari keadaan seperti ini. Keadilan Ilahi melazimkan orang-orang yang mengerjakan kebaikan mendapatkan ganjaran yang sesuai dan orang-orang yang mengerjakan keburukan memperolehi hukuman yang setimpal dengan perbuatan buruk mereka.

Penting untuk disebutkan bahawa di samping dalil-dalil kalam dan falsafah tentang persoalan ma'âd, salah satu tajuk-tajuk penting yang mempunyai hubungan rapat  dengan ma’ad ialah pembuktian roh untuk manusia misalannya kehidupan di alam barzakh. Ini disebabkan kewujudan roh non-material bagi manusia disebabkan setelah kematian gerakannya tidak akan berhenti dan akan terus berlanjut pada kehidupan ukhrawi yang sesuai dengan amal perbuatannya pada kehidupan duniawi.

 

Bagaimana Proses Terjadinya Ma'âd

Adapun bagaimana proses terjadinya ma'âd harus dikatakan bahawa: apa yang diyakini oleh orang yang beragama adalah terjadinya ma'âd jasmani. Hal ini juga dinyatakan dalam Islam bahawa Ma'âd jasmani ialah manusia yang dihimpunkan di hari kebangkitan itulah manusia yang sama, yang hidup di alam dunia sebelum ini. Individu yang akan dibangkitkan di hari Kiamat adalah individu yang sama, yang berjiwa raga di dunia sebagai sebuah realiti yang diatur dari ruh dan jasad.

Dalil-dalil yang kemukakan oleh ahli kalam tentang hari kebangkitan semuanya menyoroti masalah penetapan intisari kejadian hari kebangkitan, namun mengenai proses bagaimana ia terjadi, jasmani atau rohani, mereka hanyalah bersandar pada dalil-dalil naqli dan memandangnya sebagai suatu hal yang sudah semestinya wajib diterima (taken for granted, ta'abbudi).

Demikian juga berkenaan dengan hal-hal terperinci tentang hari kebangkitan; seperti syurga, neraka, jambatan (shirat), timbangan amal (mizan) dan sebagainya, mereka berpendapat bahawa cukuplah yakin terhadap intisari persoalan ini. Perbahasan bagaimana proses terjadinya hari kebangkitan dan dalil-dalil rasionalnya tidak terlalu penting dan hal ini boleh jadi menjadi penyebab munculnya syubhat (keraguan) dalam masalah hari kebangkitan.[1]

Namun demikian berbeza dengan ahli kalam, para ahli falsafah memberikan perhatian yang lebih terhadap persoalan ma'âd jasmani dan masing-masing memberikan pandangan khusus dalam masalah ini.

 

Ma'âd Ruhani dan Jasmani dalam Falsafah

Sekumpulan ahli falsafah khususnya pengikut maktab falsafah Peripatetik hanyalah meyakini ma'âd secara rohani. Mereka berkata, "Setelah kematian, hubungan roh dan badan akan terputus. Akan tetapi oleh kerana roh merupakan entiti yang murni dari material, maka tidak ada jalan baginya untuk kefanaan dan ketidakwujudan. Setelah terputusnya hubungan dengan badan, roh akan tetap ada.[2] Lantaran tidak mampu menyelesaikan berbagai kritikan ilmiah ma'âd jasmani (di antaranya keraguan akan munculnya syubha kembalinya sesuatu yang tiada [i'âda ma'dum]) mau tak mau kelompok falsafah ini condong kepada ma'âd rohani dan mengingkari ma'âd jasmani. Atau juga mereka berpandangan bahawa ma'âd jasmani tidak dapat disabitkan dan dibedah dengan menggunakan pisau analisa falsafah.

Ahli Falsafah Peripatetik seperti Ibnu Sina berkata dalam hal ini, "Menyabitkan ma'âd melalui jalan syariat, riwayat dan ayat-ayat dapat dilakukan dengan mudah. Sebahagian daripada hal tersebut dapat difahami dengan akal, silogisme dan argumentasi. Sebahagian hal tersebut adalah masalah kebahagiaan dan kecelakaan jiwa (ma'âd ruhani)….." Setelah menjelaskan dan menafsirkan secara terperinci tentang masalah kebahagiaan dan penderitaan roh, Ibnu Sina menjelaskan bahawa ma'âd jasmani yang menjadi objek pembahasan falsafah tidak dapat disabitkan melalui jalan rasional.[3]

Sebahagian ahli falsafah yang lain memiliki metodologi khusus untuk menyabitkan ma'âd jasmani yang di antaranya adalah Mulla Shadra Syirazi yang meyakini bahawa badan yang dibangkitkan pada hari kebangkitan adalah sebuah badan latif (lunak) yang serupa dengan badan duniawi dan memiliki kapasiti yang diperlukan untuk menjalani kehidupan ukhrawi. Mulla Shadra menyebut badan seperti ini sebagai badan mitsali. Di antara ahli falsafah yang meyakini ma'âd dengan badan mitsâli adalah Syaikh Syihabuddin Suhrawardi,[4] dengan sedikit perbezaan dengan pandangan Mulla Shadra, termasuk premis-premis rasional yang terperinci serta selepas melalui pelbagai premis-premis ini, Suhrawardi berpendapat bahawa hakikat jasmani manusia adalah jasmani mitsali. Meski pun kadang kala dapat disimpulkan dari penuturan Mulla Shadra bahawa ia meyakini tentang adanya ma'âd dengan badan material duniawi; akan tetapi pada keseluruhannya apa yang terdapat dalam karya-karya Mulla Shadra dapat disimpulkan bahawa sandaran utama Mulla Shadra mengenai badan yang dibangkitkan pada hari Kiamat adalah badan mitsâli. Melalui jalan ini, seluruh tipologi jasmani berada pada tahap yang lebih lunak, intensifnya lebih tinggi yang terealisasi untuk badan mitsali, Mulla Shadra menyabitkan jasmaninya kehidupan ukhrawi. [IQuest]

Untuk telaah lebih jauh berkenaan dengan perbahasan ini kami persilakan anda untuk merujuk beberapa indeks berikut ini:

1.     Ma'âd Jasmani, Pertanyaan 6234 (Site: 6492)

2.     Badan yang Dihimpunkan pada Ma'âd Jasmani, Pertanyaan 6335 (Site: 6502)

3.     Dalil-dalil untuk Menetapkan Ma'âd, Pertanyaan 2609 (Site: 2749)



[1]. Muhammad Ridha Muzhaffar, 'Aqâid al-Imâmiyah, hal. 127, Intisyarat al-Syarif al-Radhi, Qum, 1411 H.  

[2]. Ja'far Subhani, 'Aqâid Islâmi dar Partû Qur'ân, hal. 582, Nasyr-e Daftar-e Tablighat-e Islami, Qum, 1379 S.  

[3]. Farhangg-e Ma'ârif Islâmi, jil. 3, hal. 1816.  

[4]. 'Aqâid Islâmi dar Partû Qur'ân, hal. 582.  

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits