Carian Terperinci
Pengunjung
20113
Tarikh Kemaskini 2013/02/16
Ringkasan pertanyaan
Apakah peranan perantara (wasilah) dalam mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t)?
soalan
Apakah peranan perantara (wasilah) dalam mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t)?
Jawaban Global
Wasilah (perantara) memiliki makna yang sangat luas di mana ia meliputi setiap pekerjaan dan setiap sesuatu yang menyebabkan pendekatan kepada Tuhan.
Alam semesta yang kita huni ini adalah alam yang berpijak di atas sistem sebab dan akibat, sebab dan musabab yang dicipta untuk memberikan petunjuk, membangunkan dan menyempurnakan manusia.
Sebagaimana yang diketahui, bahawa keperluan-keperluan semulajadi manusia dipenuhi dengan sebab-sebab material khusus dan emanasi-emanasi maknawi Allah (s.w.t) seperti hidayah, keampunan (maghfirah), maka taqarrub dan pencapaian manusia dalam mencapai kesempurnaannya juga berdasarkan mekanisme tertentu serta melalui jalan sebab-sebab khusus sehingga andainya tidak ada perantaraan ini, mustahil manusia dapat sampai pada emanasi-emanasi Ilahiah dan mancapai derajat taqarrub kepada Tuhan. Perbuatan dan sebab-sebab ini diperkenalkan dalam banyak ayat dan riwayat.  Taqarrub kepada Allah (s.w.t) tidak akan mungkin tercapai tanpa menggunakan perantara (wasilah) ini.
 
Jawaban Detil
Untuk menjawab pertanyaan ini pertamanya kita harus menjelaskan apa yang dimaksudkan wasilah dan perantara ini.
Allamah Thabathabai berkenaan ayat, "Yā ayyuhalladhina āmanū IttaquLlāh wabtaghu ilayhi al-wasīlah." Yang ertinya, “Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah perantara untuk bertakwa kepadanya” (Surah Al-Mā’idah [5]:35) menjelaskan makna wasilah dan wāsiṭa menuju ke haribaan Tuhan. Dalam tafsir al-Mizan, Allamah Thabathabai menuturkan: "Hakikat perantara (wasilah) menuju haribaan Tuhan adalah mematuhi dan menjaga peraturan di jalan Allah. Peraturan-peraturan itu adalah pertama: Mengetahui hukum-hukum-Nya. Kedua, Menghambakan diri kepada-Nya. Ketiga, mencari dan menjejaki perbuatan-perbuatan mulia dan yang dianjurkan. Oleh kerana "wasilah" adalah sejenis usaha untuk mendekatkan (توصل) dan tawaṣul berkenaan dengan Tuhan yang suci dari tempat dan segala material, maka dengan tawassul maknawi ini terjalin hubungan erat antara Tuhan dan hamba. Demikian juga mengingat bahawa antara hamba dan Tuhannya tidak ada hubungan yang terjalin kecuali perhambaan yang hina, maka sudah tentu wasilah itu adalah upaya manusia mewujudkan hakikat perhambaan pada dirinya serta memandang dirinya itu sebagai fakir dan miskin di hadapan Allah (s.w.t). Demikianlah wasilah yang dimaksud dalam ayat ini."[1]
Dalam Tafsir Nemune disebutkan bahawa wasilah memiliki makna yang sangat luas termasuk apa pun serta perbuatan apa pun yang menyebabkan kedekatan manusia ke haribaan Tuhan. Perantara (wasilah) yang paling utama adalah beriman kepada Allah (s.w.t), Rasulullah (s.a.w), menunaikan jihad dan tatacara ibadah seperti solat, zakat, puasa, haji, silaturahim, bersedekah di jalan Allah, samada sedekah secara terang-terangan atau sembunyi, termasuklah segala bentuk perbuatan baik.
Syafaat para nabi dan imam serta hamba-hamba soleh yang bersesuaian dengan pernyataan tegas ayat adalah penyebab kedekatan (taqarrub) manusia kepada Allah (s.w.t) yang mana ianya termasuk dalam pengertian luas tawassul (berperantaraan). Demikian juga mengikuti jejak langkah Nabi (s.a.w) dan para imam maksum; semua ini menjadi penyebab dekatnya seorang hamba kepada Allah (s.w.t). Begitu juga sumpah Tuhan atas kedudukan (maqam) para nabi, para imam dan orang-orang soleh…"[2]
Demikianlah yang dimaksud al-Qur'an mengenai perantara (wasilah) dan tawassul (berperantara) yang mana Allah (s.w.t) memerintahkan kaum Mukminin untuk mencarinya dalam format melakukan proses taqarrub kepada-Nya.
Di dalam al-Qur'an, di samping ayat-ayat yang telah disebutkan, ayat 97 surah Yusuf menyatakan saudara-saudara Yusuf meminta kepada ayah mereka (Nabi Ya'qub) agar mereka diampunkan di sisi Allah. Maka Nabi Ya'qub juga memenuhi permohonan itu. "Mereka (Saudara-saudara Yusuf) berkata, “Hai ayah kami, mohonkanlah keampunan bagi kami terhadap dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa).”
Surah at-Taubah juga menceritakan tentang permohonan keampunan Ibrahim untuk ayahnya yang menjelaskan peranan doa para nabi dalam proses pengampunan dosa orang lain. "Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapanya (baca: bapa saudaranya, Azar), tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah ia janjikan kepadanya. Maka tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa ia adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun."
Terdapat banyak riwayat dari pihak Syiah dan Sunni yang menegaskan keperluan dan peranan tawassul untuk mendekatkan diri seseorang kepada Allah (s.w.t).
Dalam kitab "Wafa al-Wafa" karya Samhudi (ulama Ahlusunnah) kita membaca: Mencari pertolongan dan memohon syafaat daripada Rasulullah (s.a.w), kedudukan serta keperibadiannya adalah dibolehkan  sebelum penciptaannya. Demikian juga setelah baginda dilahirkan, sebelum dan sesudah wafatnya, di alam barzakh dan alam kiamat.[3]
Kemudian Samhudi menukil sebuah riwayat yang dinukilkan daripada Umar bin al-Khattab tentang tawassul Nabi Adam (a.s) kepada Rasulullah (s.a.w). "Dengan mengetahui kabar berita tentang penciptaan Nabi Islam di masa mendatang Nabi Adam (a.s) berkata kepada Allah (s.w.t): "Yaa Rabb! Demi Muhammad, aku bermohon kepada-Mu agar Engkau sudi mengampuniku."[4]
Demikian juga sebuah hadis yang lain daripada perawi hadis Ahlusunah di antaranya Nasa’i dan Tirmidzi yang menukil bahawa: Seorang buta memohon doa daripada Nabi supaya ia sembuh dari sakitnya. Nabi (s.a.w) memerintahkan kepadanya untuk berdoa demikian: “Ya Rabb! Aku memohon kepada-Mu demi Nabi-Mu (Muhammad). Aku menghadap kepadamu wahai Muhammad………!”[5]
Diriwayatkan daripada al-Baihaqi, bahawa pada zaman khalifah kedua terjadi musim kemarau selama dua tahun. Bilal yang disertai dengan beberapa orang sahabat datang di hadapan pusara Nabi (s.a.w) dan berkata: “Wahai Rasulullah! Mintalah hujan untuk umatmu lantaran mereka sekarang dalam keadaan nazak (kerana kekeringan)…"[6]
Akan tetapi mengapakah kita memerlukan perantara dan medium? Jawapannya adalah bahawa alam semesta yang kita huni ini adalah alam semesta yang berpijak di atas mekanisme sebab dan akibat yang diciptakan untuk memberikan petunjuk, kematangan dan kesempurnaan manusia dan memenuhi segala keperluan material dan kadangkala spiritual manusia.
Hakikatnya segala perantara memiliki peranan sebab-sebab untuk proses taqarrub kepada Allah (s.w.t). Ini disebabkan berbagai emanasi Tuhan seperti hidayah, maghfirah, pengampunan dan sebagainya turun kepada manusia berdasar pada mekanisme tertentu. Kehendak yang berhikmah daripada Tuhan menyatakan bahawa segala emanasi ini sampai kepada manusia melalui sebab-sebab tertentu. Kerana itu tidak menjadi relevan apabila ada orang yang bertanya mengapa Tuhan menyinari bumi dengan perantara matahari di alam material? Mengapakah dahaga manusia dapat dihilangkan dengan perantaraan air? Mengapa Tuhan harus memenuhi segala hajat dan keperluan seluruh makhluk melalui berbagai perantara ini?
Di alam maknawi (spiritual) juga dapat diajukan pertanyaan bahawa mengapa Tuhan memberikan pengampunan, taqarrub dan petunjuk kepada para hamba-Nya namun harus melalui perantaraan dan medium? Meskipun begitu, sebagaimana tumbuh-tumbuhan tidak dapat berkembang untuk sampai kepada kesempurnaan tanpa bantuan air, tanah, cahaya dan sebagainya, maka manusia juga tidak akan sampai kepada tujuan idealnya tanpa bantuan perantara-perantara emanasi Ilahi.
Syahid Muthahhari berkata, "Perbuatan Tuhan memiliki mekanisme. Apabila seseorang hendak mengabaikan mekanisme penciptaan maka ia harus berada dalam kesesatan. Atas alasan ini Allah (s.w.t) membimbing seorang pendosa untuk pergi kepada kediaman Rasulullah (s.a.w) sehingga di samping ia memohon keampunan daripada Tuhan, ia juga meminta kepada Rasulullah (s.a.w) untuk memohon keampunan baginya di hadapan Tuhan! Al-Qur'an menegaskan, "Dan kami tidak mengutus seseorang rasul, melainkan untuk ditaati dengan izin Allah. Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Nisa [4]:64)[7]
Demikianlah pentingnya sunnah Ilahi ini sehingga dalam banyak ayat dan riwayat Allah (s.w.t) memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk mencari wasilah dan berperantaraan (tawassul) untuk mendapatkan keampunan dan melakukan proses taqarrub kepada Allah (s.w.t).
Allah (s.w.t) berfirman: "Hai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, carilah perantara untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah di jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan." (Surah Al-Maidah [5]:35)
Allamah Thabathabai dalam pembahasan syafaat menyinggung peranan shāfi'ʻ (perantara-perantara syafaat Ilahi) bahawa seseorang yang mencari perantara (mutawassil) kepada perantara  sebenarnya ia tidak akan sampai kepada matlamat dengan kekuatannya sendiri. Kerana itu, kekuatan Tuhan akan bergandingan dengan kekuatan shāfiʻ dan sebagai hasilnya kekuatan itu akan menjadi berlipat ganda. Apa yang diinginkannya akan diperolehnya, sehingga ke peringkat ia tidak sampai kepada matlamat dengan sekadar bergantung pada kekuatannya sahaja. Ini disebabkan kekuatannya sendiri tidak sempurna, lemah dan cacat sedangkan Syafaat merupakan medium dan perantara untuk menyempurnakan dan melengkapi sebab."[8]
Dua nokta penting di bawah ini perlu kami jelaskan sebagai penghujung artikel ini:
  1. Meskipun segala keperluan material manusia dapat dipenuhi dengan sebab-sebab material, tetapi hal itu bukan bererti bahawa sebab-sebab non-material seperti doa dan tawassul (berperantara) tidak dapat memainkan peranan dalam memenuhi segala keperluan material tersebut. Sebab-sebab maknawi kadangkala menjadi penyebab utama dan kadang-kadang menjadi penyebab sekunder; ertinya kadang-kadang pengaruh sebab-sebab material hanya dapat dipenuhi melalui doa. Atau kadang-kadang pula, doa dan sebagainya menafikan pengaruh sebab-sebab material. Misalnya dalam kisah Nabi Ibrahim (a.s), api yang seharusnya membakar menjadi sejuk dan tidak dapat memberikan kepanasannya atas sebab pengaruh do’a. Bagaimanapun sebab segala sebab adalah Allah (s.w.t) dan Dia berkuasa memberikan pengaruh sebagaimana Dia meletakkan pada ubat, Dia jua yang meletakkannya pada sebab-sebab maknawi.
  2. Yang dimaksud dengan tawassul dan menjadikan Rasulullah (s.a.w), para Imam Maksum atau para wali Allah sebagai wasilah (perantara) sebenarnya adalah kita ber-tawassul dengan kedudukan dan maqam orang-orang agung ini di hadapan Tuhan. Kedudukan yang dekat orang-orang suci ini dengan Tuhan dipergunakan agar dapat pula mencapai maqam qurb (kedekatan) di sisi Tuhan.[9] []
 

[1]. Allamah Sayid Muhammad Husain Thabathabai, Al-Mizān, terjemahan Parsi, jil. 5, hal. 535.
[2]. Ayatullah Nasir Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil. 4, hal. 364-367.
[3]. Samhudi, Wafā al-Wafā, jil. 3, hal. 1371, segaimana yang dinukil dalam Tafsir Nemune, jil. 4, hal. 367.
[4]. Ibid.
[5]. Allahummah Inni As'aluka wa Atawajjahu Ilaika binabiyyika Muhammad Nabiyyi Rahma. Ya Muhammad! Inni atawajjahu bika ila Rabbi fii Hajati litaqdhili Allahummahsyafa'u fii." Wafā al-Wafā, jil. 3, hal. 1372, sebagaimana yang dinukil dalam Tafsir Nemune.     Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon dan menghadap kepada-Mu dengan perantara nabi-Mu, Muhammad, nabi yang penuh kasih. Ya Muhammad! Aku menghadap kepada Tuhanku dengan perantaramu kiranya engkau penuhi hajatku. Tuhanku! Jadikanlah Nabi sebagai syafi'ʻku (yang menyembuhkanku).
[6]. Yaa Rasulullah Istasiq liummatik fainnahum qad halaku.."  Al-Tawaṣul ila Haqiqat al-Tawaṣul, hal. 329, sebagaimana yang dinukil dalam Tafsir Nemune, jil. 4, hal. 368-369.
[7]. Majmu'e Atsar-e Syahid Muthahhari, jil.1, hal. 264.
[8]. Allamah Sayid Muhammad Husain Thabathabai, Al-Mizān, terjemahan Parsi, jil. 1, hal. 239 & 240. Untuk telaah lebih jauh sila rujuk pada : " Usaha dan peranan Amal Kebajikan bagi manusia di Akhirat, pertanyaan 280.
[9]. Sila lihat, Tafsir Nemune, jil. 4, hal. 168-172; Al-Mizan, jil. 1, hal. 239-242.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits